Thursday, September 10, 2009

10 Hari Lagi

20 Ramadhan 1430 H.

Hari ini, genap 20 hari umat Islam berpuasa. Ini bermakna tinggal 10 hari lagi Syawal bakal menjengah tiba. Ramai yang gembira kerana tidak perlu lagi berlapar dan dahaga. Namun bagi segelintir umat yang beriman dan bertaqwa, ini juga bermakna tinggal hanya 10 hari lagi untuk melipatgandakan pahala dan amalan mereka.

Kita di golongan yang mana?

Setelah biasa-biasa kita ke masjid atau surau sepanjang tahun, terasa gembiranya mengisi kekosongan ruang dan menjadi orang yang mengimarahkan rumah Allah. Tiba-tiba, masuknya bulan Ramadan, Subhanallah, penuh! Terutamanya solat tarawikh. Bila fikir-fikir balik, sejak bila solat tarawikh menjadi solat yang paling penting? Mana perginya semua jemaah ini sepanjang tahun? Kejap ada kejap tak ada, macam ‘chips more’ pula ya.

Begitu juga ada yang melabelkan bulan Ramadan, bulan ‘tak boleh itu tak boleh ini’. Bila diri nak buat jahat, “ehh.. ni bulan Ramadan”. Nampak orang lain buat silap “Ey, ni kan bulan Ramadan, tak elok buat camtu..” Setelah habis bulan Ramadan, perangai tak ubah seperti bulan sebelumnya.

Kan lebih baik kalau kita berubah menjadi lebih baik pada bulan Ramadan, begitu juga pada bulan-bulan yang seterusnya?

Tepuk dada, tanyalah iman dihati.

Hari ini dan esok bermulalah 'pengembaraan' bagi pelajar-pelajar yang tinggal jauh dari CFS IIUM, Petaling Jaya ini menuju ke kampung halaman. Sungguh gembira dan ceria sekali di wajah mereka. Maklum, sudah lama tidak bersua muka dengan keluarga.

Di kesempatan ini, Ummi ingin mengucapkan Selamat Bercuti kepada semua warga Mahallah Khadijah. Jangan lupa study tau! Salam Aidilfitri...

No comments:

Post a Comment